Aplikasi grafik percuma

Sofwer yang saya ingin perkenalkan kali ini ialah sofwer grafik yang sangat mudah untuk di gunakan.

Saya mempunyai aplikasi grafik Photoshop, GIMP, paint.net selain aplikasi windows paint untuk kerja-kerja grafik.

Photoscape ini adalah sofwer yang di gunakan oleh anak saya yang bersekolah di tingkatan 2. Tertarik untuk menggunanya setelah melihat mudahnya untuk menghasilkan grafik animasi.

Di bawah ini adalah contoh grafik animasi yang menggunakan 2 dan 5 file gambar dengan 2 kesan berlainan. Hanya drag gambar yang di kehendaki ke ruang animasi dan bravo!, siap sudah karya agung kita. Anda boleh pilih kesan animasi dengan option Change effect di menu Animated GIF ini. File yang terhasil adalah animated gif.

Anda boleh juga download mana-mana file animated gif dari internet.  Buka aplikasi ini dan pilih Animated GIF. Drag gambar yang baru di download ke tengah ruang kerja dan akan terpapar koleksi file gambar yang di gunakan untuk membentuk animasi. Cuba lah.

                      


Anda boleh download sofwer percuma ini di sini,

Klik sini untuk download




Selamat belajar.