Banner flash percuma.

 Flash banner mudah di dapati secara percuma di internet. Saya kongsikan di sini salah satu website yang memberi  servis percuma membina banner yang menggunakan flash. 

Di bawah ini adalah contoh banner flash yang pernah saya gunakan di web saya, gotunetalk.com:


Anda boleh dapatkan banner seperti ini di website ini, http://www.123-banner.com

Apa yang perlu anda lakukan ialah,

1. Buka web ini. Klik sini, http://www.123-banner.com
2. Di sebelah kiri, klik teks menu BANNER CREATOR
3. Anda pilih lah mana-mana banner yang anda berkenan dengan klik Choose Banner
4. Jika anda pilih yang perlu 3 gambar dan 3 teks, klik Browse
5. Setelah pilih gambar, klik Upload
6. Ulang langkah sama untuk 2 lagi gambar
7. Ruang kosong untuk 3 teks, anda isi apa saja promosi berdasarkan bisnes atau tujuan anda.
8. Di bahagian URL, isikanlah link web bisnes anda.
9. Setelah puashati, klik Submit Query
10.  Anda akan di paparkan animasi flash berdasarkan gambar, teks dan pilihan animasi flash yang di buat.
11.  Untuk savekan file flash .swf ke komputer anda, tekan butang kanan mouse anda di teks yang bertulis, Click your right mouse here to save the banner  dan pilih Save Link As... Savekan file .swf itu di folder yang sama dengan file website anda.
12. Untuk cara masukkan kod html animasi flash ini ke file website anda, di web 123-banner.com, klik menu sebelah kiri, HTML-CODE atau klik link ini, http://www.123-banner.com/html_code.php
13. Savekan file anda dan upload ke tapak website.

Semoga perkongsian sedikit saya ini memberi manfaat.

Selamat belajar.