Download percuma aplikasi FTP

Website yang sudah anda siapkan di komputer anda dan siap sedia untuk di paparkan ke seluruh dunia perlu di upload ke tapak website. Jika anda sudah buka akaun hosting di 000webhost.com sebagai tapak website, file website perlu di upload ke server hosting di 000webhost.com

Anda boleh guna file manager yang di sediakan dalam cpanel yang di sediakan oleh 000webhost.com atau juga gunakan aplikasi FTP client, samada FileZilla atau CoreFTP.

Dua aplikasi FTP ini boleh anda download percuma dari internet. Samada anda mengikuti Tutorial ini secara online atau bakal pelajar kelas saya, sila download salah satu aplikasi FTP ini. 

 

fileZilla

FileZilla Perisian atau aplikasi FTP FileZilla ini adalah percuma untuk di download. Ia terbahagi 2 iaitu versi Client dan versi Server. Versi Client ini di gunakan untuk upload file dari komputer anda ke server web di tapak atau syarikat hosting. Contoh hosting percuma di sini ialah 000webhost.com

Sila rujuk email yang di hantar mengenai konfigurasi FTP server yang perlu anda isi untuk hubungkan komputer anda dengan server hosting untuk bolehkan anda upload file.

Contoh:

Andaikan nama domain saya: kelasonline.co.cc

Di FileZilla, maklumat yang perlu saya isi:
Host:  ftp.kelasonline.co.cc
Port: 21
Server-Type: FTP-File Transfer Protocol
Logon Type: Normal
User:  [ Isikan seperti yang di beri ]
Password: [ Isikan seperti yang di beri ]

Klik Connect untuk mula berhubung.

Setelah itu anda boleh lah upload file yang di kehendaki atau lakukan kerja-kerja kemaskini file yang sudah di upload di server hosting. Anda sebenarnya membuat kerja-kerja kemaskini secara jarak-jauh atau remote.

Klik sini untuk download FileZilla

atau sila ke web ini untuk maklumat lanjut dan update terbaru,

http://filezilla-project.org/

 

CoreFTP

CoreFTP CoreFTP juga adalah perisian atau aplikasi percuma FTP, yang boleh di download. Cara gunanya sama seperti yang saya tunjukkan di atas. anda perlu isikan nama host, port, username, password dan connect sebagai FTP.

Klik sini untuk download CoreFTP Lite Edition

Sila lawat web ini untuk maklumat lanjut,

http://www.coreftp.com/download.html


Selamat belajar.